Monday, October 22, 2012

SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA DI ENGLAND DAN DI PERANCIS


BANDINGKAN SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA DI ENGLAND DAN PERANCIS
 JAWAPANLENGKAP
 Sistem pemerintahan beraja mutlak bermaksud cara pemerintahan raja tidak dikawal oleh parlimen. Melalui sistem ini, kehendak pemerintah ialah undang-undang. Oleh itu, terdapat beberapa negara di benua Eropah yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Antara negara tersebut ialah England dan Perancis Pemerintahan beraja di kedua-dua buah negara ini mempunyai persamaan dan juga perbezaan dalam beberapa aspek tertentu.  Pada masa kini, pemerintahan di England dan Perancis telah mengalami banyak perubahan besar dan semestinya perubahan ini didorong oleh revolusi yang dicetuskan sejak abad ke-17 lagi.
    Pertamanya, persamaan yang dapat dilihat ialah dari aspek kedudukan dan kekuasaan raja. Raja di England dan Perancis cenderung mengamalkan pemerintahan beraja mutlak. Hal ini membawa maksud raja mempunyai kuasa dalam segala hal dan raja menguasai pemerintahan negaranya. Sebagai contoh di England, raja England berpegang pada prinsip doktrin kuasa suci raja atau Devine Right of Kings. Raja Perancis pula mengatasi segala undang-undang dan baginda boleh menahan sesiapa yang disyaki menentang kerajaan. Se lain itu, terdapat juga parlimen yang berfungsi untuk membantu raja dalam menguruskan pentadbiran negara. Malah, parlimen kedua-dua negara juga terbahagi kepada bahagianbahagian contohnya terdapat House of Lords dan House of Commons manakala parlimen Perancis terbahagi kepada tiga Estet. Golongan bangsawan di kedua-dua negara juga mempunyai kedudukan yang kukuh dan berpengaruh. Ahli gerej a dan paderi turut mempunyai kedudukan yang kukuh dan kebanyakan mereka hidup mewah. Misalnya, paderi Bishop di Perancis hidup di rumah mewah dan banyak menganiaya rakyat. Da lam pada itu, peranan golongan bourjois turut semakin  signifikan dalam pemerintahan di England dan Perancis. Umumnya, mereka tidak berpuas hati dengan cara pemerintahan yang menindas mereka.
     Manakala, perbezaan yang dapat dilihat dengan jelas antara sistem beraja di England dan Perancis adalah di England, sistem pemerintahan beraja adalah berasaskan dinasti. Terdapat dua dinasti pada zaman pemerintahan beraja mutlak di England iaitu Dinasti Tudor dan Dinasti Stuart. Berbanding dengan Perancis yang tidak mempunyai dinasti. Se lain itu, perbezaan di antara kedua-dua negara ini turut dapat dilihat melalui prinsip yang dipegang oleh raja. Misalnya di England, raja-raja Dinasti Tudor berpegang kepada Magna Carta, sebuah piagam politik yang mengawal kuasa berbanding di Perancis, rajanya tidak berpegang kepada mana-mana piagam tetapi kuasa pemerintahan terletak di tangan raja, Majlis Diraja dan intendant. Di samping itu, di England pernah berlaku pembubaran parlimen yang berpunca daripada krisis antara raja dengan ahli-ahli parlimen berhubung isu cukai. Berbeza dengan Perancis, parlimen tidak pernah dibubarkan malahan, parlimen digabungkan untuk membentuk parlimen (Perhimpunan Kebangsaan). Raja-raja England turut cenderung memonopoli ekonomi sebagai contoh Raja James I memberi hak monopoli kepada syarikat disukai baginda. Tetapi raja-raja Perancis pula cenderung berbelanja boros hingga menimbulkan keadaan defisit.
    Perbezaan juga dapat dilihat dari sudut kedudukan golongan bangsawan dan paderi di kedua-dua negara. Golongan bangsawan dan paderi di England tidak hidup terlalu mewah dan mereka tidak terlalu memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan. Berbanding di Perancis, golongan bangsawan dan paderi mempunyai kedudukan yang kukuh kerana paderi menguasai institusi agama manakala golongan bangsawan mempunyai tanah yang banyak serta mendapat pelbagai keistimewaan. Hal ini dikukuhkan lagi dengan sistem feudal masyarakat Perancis yang kompleks.
    Akhir sekali, perbezaan jelas yang dapat dilihat adalah kedudukan raja selepas revolusi. Selepas berlakunya kompromi di antara raja dengan parlimen di England, raja England, Raja Charles II tidak disingkirkan daripada talchta dan terus memerintah berdasarkan perlembagaan. Beberapa akta digubal tetapi pada masa yang sama, raja masih lagi memerintah mengikut sistem raja berperlembagaan. Sistem tersebut kekal hingga kini. Berbeza dengan Perancis, selepas Revolusi Perancis raja masih memegang takhta mengikut sistem raja berperlembagaan narnun setahun kemudian raja disingkirkan dan dihukum pancung. Sekali gus menunjukkan kedudukan berbeza yang dihadapi raja England dan Perancis selepas revolusi.
     Kesimpulannya, jelaslah terdapat persamaan dan perbezaan di antara pemerintahan beraja di England dan Perancis. Sistem pemerintahan beraja di England dijatuhkan melalui Revolusi Cemerlang, menjadi Raja Berperlembagaan. Manakala, pemerintahan beraja di Perancis dijatuhkan melalui pemerintahan ganas sehingga raja dan permaisuri dijatuhkan hukuman mati. Perancis akhirnya menjadi negara Republik.








PERANAN RAJA/MAHARAJA DLAM PEMERINTAHAN DI CHINA



BINCANGKAN KEDUDUKAN DAN PERANAN RAJA ATAU MAHARAJA DALAM PEMERINTAHAN DI CINA.
JAWAPAN LENGKAP
    Negara China merupakan salah satu daripada empat buah negara yang mengamalkan raja atau monarki mutlak pada abad ke-16 sehingga akhir abad ke-20. Sistem raja atau maharaja yang diamalkan ini memperlihatkan pemerintahan beraja mengikut amalan yang diguna pakai oleh masyarakat China. Dalam masyarakat China, sistem raja atau maharaja menduduki hierarki teratas dalam struktur sosial dan merupakan kuasa penentu dalam pentadbiran kerajaan. Maka, institusi beraja memperlihatkan kedudukan raja atau maharaja sangat penting dalam masyarakat China, mempunyai kuasa yang cukup besar serta mempunyai perlambangan kedudukan kerajaan. Pegangan konsep beraja ini menjadi penentu kepada raja atau maharaja dalam mempertahankan pemerintahannya.

Kedudukan politik maharaja dilegitimasikan berdasarkan konsep mandate of heaven atau mandat dari syurga yang menerangkan maharaja sebagai wakil dari syurga atau anak syurga dan memberi kuasa spiritual yang tidak terhingga kepada seorang raja atau maharaja. Konsep ini juga menjelaskan bahawa raja atau maharaja itu telah dianugerahkan satu kuasa memerintah oleh Tuhan. Melalui konsep mandat dari syurga ini juga, maharaja mendudUki hierarki teratas dalam susunan masyarakat dan merupakan individu yang paling berkuasa dalam kerajaan. Maharaja juga dianggap sebagai anak syurga dan diberi mandat untuk memerintah di muka burni.
     Sebagai anak syurga, rakyat tidak boleh mempersoalkan kuasa yang dimiliki oleh raja. Malahan, rakyat dikehendaki mernberi taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada maharaja. Maka, maharaja akan mendapat p.enghormatan tertinggi daripada rakyat China serta bertanggungjawab menjamin kemakmuran dan menentukan kehidupan rakyatnya berada dalam keadaan teratur dan makmur. Justeru, Maharaja China juga mengamalkan ajaran Confucianisme yang menekankan tugas raja ialah mengetuai kerajaan dan melindungi rakyat. Oleh itu, maharaja akan dipersalahkan bagi setiap kepincangan yang berlaku dalam pemerintahannya.
     Maharaja China berkuasa mutlak dalam menggubal undang-undang, melantik pegawaipegawai mentadbir wilayah dan daerah yang menjalankan tugas di bawah arahannya. Namun secara praktikalnya, kuasa maharaja adalah terhad. Pentadbiran dan pemerintahan maharaja dilaksanakan melalui sistem berpusat iaitu kuasa pentadbiran pusat berada di tangan maharaja yang seterusnya dipecahkan kepada beberapa unit iaitu Sekretariat Agung, Majlis Tertinggi (6 Badan Menteri) dan Censorate (Lembaga Penapis). Bagi melicinkan pemerintahan, maharaja membahagikan pentadbiran kepada tiga fasa iaitu pentadbiran awam, pentadbiran ketenteraan dan pentadbiran tempatan di bawah badan pengawas. Maharaja China juga turut menghapuskan jawatan Perdana Menteri dan badan canselori pusat bagi memastikan penguasaannya dalam pemerintahan. Maharaja dibantu oleh Majlis Tertinggi yang menjadi badan penasihat utama dan terbahagi kepada enam kementerian iaitu Kementerian Personal, Kementerian Kewangan, Kementerian Adat, Kementerian Perang, Kementerian Keadilan dan Kementerian Kerja Raya. Se lain itu, demi memastikan amanah dan kesetiaan pembesar, maharaja turut menubuhkan Lembaga Penapis yang bertindak sebagai mata dan telinga maharaja bagi memaklumkan segala aktiviti-aktiviti pembesar China.
       Seterusnya, pada peringkat wilayah pula, maharaja membahagikan empayarnya kepada
15 wilayah yang seterusnya dipecahkan kepada unit-unit tempatan yang lebih kecil. Struktur organisasi pentadbiran pada peringkat wilayah ini diketuai oleh seorang pesuruhjaya yang dibantu oleh dua pegawai, iaitu hakim dan komander tentera wilayah. Maharaja China juga menyerahkan urusan pemerintahan wilayahnya kepada pegawai awam, pegawai tentera dan pegawai pengawas. Se lain itu, pentadbiran pegawai awam di daerah pula ditadbir urus oleh enam orang menteri iaitu Menteri Personal, Menteri Kewangan, Menteri Adat, Menteri Perang, Menteri Keadilan, dan Menteri Kerja-kerja Awam. Menteri tersebut akan dibantu oleh gabenor bagi setiap daerah, penyelia wilayah dan pegawai-pegawai tempatan. Pentadbiran ketenteraan pula berada di bawah lima ketua suruhanjaya tentera yang mempunyai kuasa kawalan ke atas wilayah tertentu. Namun begitu, Dinasti Ching memperlihatkan pentadbiran wilayah diketuai oleh gabenor dan dibantu oleh pegawai daerah yang dilantik oleh maharaja.
       Tugas maharaja juga dalam bidang eksekutif. Maharaja mempunyai kuasa untuk memutuskan dasar kerajaan, melantik dan melucutkan jawatan pegawai-pegawai kerajaan, dan mengurniakan gelaran. Malahan, maharaja juga berperanan sebagai ketua tentera bagi seluruh empayarnya. Hal ini dibuktikan melalui usaha maharaja untuk mempertahankan negara dari serangan luar dan meluaskan empayar pada awal kemunculan Dinasti Ming.
     Di samping itu juga, maharaja China menguasai segala sumber ekonomi negara seperti pungutan cukai, hasil bumi, perdagangan dan sebagainya. Hal ini diperkuatkan lagi dengan pengiktirafan tanah sebagai hak maharaja. Maharaja juga memainkan peranan penting dalam urusan dasar luar negara. Dasar pemerintahan maharaja ini membawa kepada perluasan perdagangan dan perkembangan ilmu Barat di China. Ini dapat dilihat melalui dasar keterbukaan semasa Dinasti Ming yang membenarkan kuasa Barat masuk berdagang di China. Semasa pemerintahan Dinasti Ching iaitu pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, Maharaja China telah menjalankan dasar tutup pintu atau konsep pengasingan. Hal ini jelas menunjukkan peranan maharaja dalam urusan dasar luar negara.
      Seterusnya, pemerintahan maharaja China adalah berkuasa mutlak dalam bidang perundangan. Antara tugas maharaja adalah menggubal undang-undang, mengendalikan kes rayuan serta memberi pengampunan kepada seseorang yang didapati bersalah. Sistem perundangan China melaksanakan hukuman secara kolektif dan seseorang itu dianggap bersalah sehingga terbukti dia tidak bersalah.
      Maharaja juga berkuasa dalam bidang keagamaan dan bidang intelektual. Da lam bidang keagamaan, maharaja merupakan ketua agama dan mengetuai semua upacara pemujaan. Tugas maharaja dalam bidang intelektual pula adalah penaung dalam bidang pembelajaran, memberi bantuan kewangan, mengarahkan pengendalian peperiksaan awam serta terlibat dalam pemilihan calon dalam peperiksaan awam di peringkat kebangsaan.
     Kesimpulannya, Maharaja China berjaya mengekalkan kedudukan sebagai pemerintah yang berkuasa sehinggalah meletusnya Perang Candu Pertama yang menyaksikan kekalahan pihak China dengan British. Keterpaksaan menandatangani perjanjian-perjanjian telah membawa padah kepada sistem kemaharajaan China. Sega la pembaharuan yang dilakukan untuk menaikkan semula imej kemaharajaan hanya menemui kegagalan dan akhirnya sistem beraja China selama 267 tahun ditumbangkan dalam Reyolusi 1911 di China.


Dipetik daripada:
BUKU:
KERTAS PEPERIKSAAN SEJARAH STPM
PENGGAL 1
940/1(SEJARAH 1)
OLEH MAHDI SHUID DAN SAZLINA OTHMAN
TERBITAN NUSAMAS
GLOBAL MEDIASTREET SDN BHD






CIRI-CIRI DAN SUSUNLAPIS MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND




 HURAIKAN CIRI-CIRI DAN SUSUN LAPIS MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND
JAWAPAN LENGKAP
       Feudalisme ditakrifkan sebagai satu bentuk kerajaan yang memperlihatkan kuasa politik dikuatkuasakan secara tempatan oleh individu-individu persendirian dan bukan oleh kerajaan pusat. Masyarakat feudal bermula di England apabila berlakunya Perang Seratus Tahun yang merupakan sin i peperangan yang melibatkan pelbagai konflik di antara dua negara iaitu England dan Perancis. Perang ini berlanjutan selama 116 tahun sehingga meninggalkan kesan kepada masyarakat England apabila muncul semangat kesedaran nasional di dalam din i orang England. Ketika peperangan ini berlaku, mereka menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa persuratan dan institusi kebangsaan berakar umbi di England. Selepas itu, berlakunya pula perang saudara di England yang dikenali sebagai The Wars of Rose atau Perang Bunga Mawar. Sebagai alternatif penamat huru-hara yang berlaku, masyarakat England telah terpaksa menerima suatu sistem pemerintahan yang dikenali sebagai sistem pemerintahan beraja mutlak.

     Seterusnya, penubuhan monarki kebangsaan di Eropah pada abad ke-15 telah merintis jalan kepada kemunculan pemerintahan berkuasa mutlak pada abad ke-16 dan ke-17 di England. Ketika abad itu, masyarakat Eropah telah mempercayai sistem pemerintahan beraja mutlak adalah sistem yang memperlihatkan bahawa seseorang raja dilantik oleh Tuhan untuk memerintah rakyatnya. Oleh itu, tugas rakyat kepada raja adalah membantu raja tanpa soal. Jika seseorang raja itu kejam dan tidak adil, rakyat harus menerima juga pemerintahannya dengan tenang sebagai hukuman ke atas dosa-dosa mereka. Pandangan tentang perkara ini telah diterima oleh institusi gereja dan mendapat sokongan daripada raja.

     Penerimaan pemerintahan berkuasa mutlak ini menyebabkan masyarakat England berada dalam sistem masyarakat feudal. Di England, masyarakat feudal terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan pemimpin dan golongan yang dipimpin. Golongan pemimpin terdiri daripad a raja, bangsawan / baron, dan knight. Manakala golongan yang dipimpin ialah petani atau rakyat biasa yang dikenali sebagai serf Dalam masyarakat feudal, raja mempunyai kuasa mutlak. Antara ciri lain seorang raja adalah, raja menjadi pusat segala kekuasaan dan raja hanya bertanggungjawab kepada Tuhan dalam menjalankan pemerintahan bukan kepada rakyat dan rakyat tidak mempunyai apa-apa hak untuk membantah pemerintahan raja sama ada baik mahupun tidak.

      Kedudukan tertinggi raja ini diperlihatkan dalam era pemerintahan Dinasti Tudor pada tahun 1485 sehingga 1603. Walaupun raja-raja mengarnalkan sistem pemerintahan beraja mutlak tetapi masih berpegang kepada tradisi politik England yang telah wujud pada Zaman Pertengahan. Ketika itu, raja-raja masih menghormati prinsip pembatasan kuasa pemerintah yang terdapat dalam Magna Carta. Maka, pemerintahan raja-raja tidak sepenuhnya membelakangi parlimen. Pembatasan kuasa pemerintah ini memperlihatkan bahawa rakyat England pada abad ke-16 menerima idea bahawa raja dilantik atas kehendak Tuhan, tetapi tidak menerima kepercayaan bahawa Tuhan telah memberi raja-raja kuasa mutlak untuk menjalankan pemerintahan. Pembatasan kuasa ini memperlihatkan England mengamalkan sistem monarki terhad apabila raja tidak boleh mengubah undang-undang yang telah tercatat dalam Magna Carta sejak tahun 1215.

     Seterusnya, era pemerintahan Raja Henry VII di England menduduki hierarki tertinggi dalam masyarakat feudal dan berkuasa mutlak terhadap rakyat dan negara. Da lam mengukuhkan kewibawaannya, Raja Henry VII juga telah mengadakan perikatan politik melalui perkahwinan. Salah satu contoh perikatan politik melalui perkahwinan yang dijalankan oleh Raja Henry VII adalah perkahwinan antara Arthur dengan Caroline (puteri Sepanyol). Walaupun Arthur meninggal dunia selepas beberapa bulan perkahwinannya, Catherine masih menetap di England dan berkahwin dengan putera kedua Raja Henry VII yang kemudiannya menjadi Raja Henry VIII. Manakala era pemerintahan Dinasti Tudor berakhir apabila Ratu Elizabeth I meninggal dunia tanpa meninggalkan waris. Raja James I merupakan pemerintah England yang memulakan pemerintahan Dinasti Stuarts di England. Baginda telah memerintah dari tahun 1603 hingga tahun 1625. Raja James I juga telah memperkenalkan beberapa dasar pemerintahan sepanjang pemerintahannya. Raja James I merasakan wujud pembatasan kepada kuasa raja apabila terdapat dua dewan, iaitu Dewan Parlimen dan Dewan Rakyat. Kedua-dua dewan ini mempunyai kuasa tentang cukai dan undang-undang.

     Raja James I menggunakan sistem kewangan yang mengguna pakai sistem sedia ada, iaitu pendapatan tetap yang diterima daripada harta dan kutipan diraja, cukai kastam dan sebagainya. Manakala, cukai tanah dan lain-lain ditetapkan oleh parlimen. Situasi tersebut menyebabkan Raja James I perlu merayu kepada parlimen untuk mendapatkan peruntukan tambahan namun permintaan baginda tidak dilayan oleh parlimen. Keengganan parlimen ini telah menyebabkan Raja James I bertindak menggunakan kuasa mutlaknya dengan menaikkan cukai kastam dan beberapa kuasa yang boleh dikuasainya. Parlimen menentang tindakan tersebut namun hanya mengundang kemarahan Raja James I. Putera Raja James I, iaitu Raja Charles I juga menjalankan pemerintahan seperti ayahandanya. Raja Charles I mendapati sukar mendapatkan peruntukan tambahan daripada parlimen. Oleh itu, Raja Charles I melakukan beberapa tindakan yang mendorong parlimen mengadakan persidangan memaksa Raja Charles I menandatangani
Pengisytiharan Hak pada tahun 1628. Pengisytiharan tersebut bertujuan melindungi rakyat daripada kekuasaan raja. Namun, Raja Charles I tidak menerima syarat tersebut. Ahli parlimen yang tidak berpuas hati dengan pendirian Raja Charles I telah mengadakan persidangan tersebut. Raja Charles I kemudiannya telah menangkap sembilan orang ahli parlinlen selepas persidangan tersebut dan membubarkan parlimen. Baginda telah mengambil keputusan untuk memerintah secara mutlak tanpa parlimen selama sebelas tahun. Keadaan tersebut mencetuskan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat dan golongan peniaga.

       Kesemua tindakan yang diambil oleh Raja Charles I telah memeranjatkan golongan bangsawan, pemilik tanah, dan golongan borjouis sehingga mencetuskan perang saudara antara puak raja (cavaliers/royalist) dengan puak parlimen (roundheads). Perang saudara tersebut tercetus pada tahun 1642 hingga tahun 1649. Akhirnya kemenangan berpihak kepada parlimen di bawah pimpinan Oliver Cromwell. Kesannya, Raja Charles I tidak lagi berkuasa dalam parlimen dan dihukum pancung oleh Parlimen Rump. Seterusnya, Oliver Cromwell telah menubuhkan pemerintahan Komanwel dan Protectorate di England. Namun, pemerintahan Oliver Cromwell bersifat diktator, iaitu parlimen hanya akan bersidang jika membawa kepentingan kepada beliau. Apabila Oliver Cromwell meninggal dunia, putera Raja Charles I, iaitu Raja Charles II menaiki takhta dan berjanji akan mematuhi dan menghormati parlimen. Beliau kemudiannya memansuhkan Komanwel dan meluluskan undang-undang mengikis fahaman Puritan dari England.

     Dalam masyarakat feudal di England raja diiktiraf sebagai penguasa ke atas semua tuan tanah (lord) dan pemilik semua tanah dalam kerajaannya. Penguasaan tanah oleh raja dalam masyarakat feudal membolehkan raja berhak memutuskan kepada sesiapa untuk memajakkan tanah yang dimiliki. Golongan baron dan knight juga diberi tanah oleh raja sebagai ganjaran terhadap perkhidmatan yang diberikan. Sebagai balasannya, golongan bangsawan harus membekalkan askar-askar untuk peperangan. Pemberian tanah kepada golongan bangsawan juga membolehkan raja memperoleh pendapatan daripada cukai-cukai yang dikenakan terhadap golongan bangsawan dan seterusnya mempertahankan kuasa.

    Bangsawan atau baron berada dalam hierarki kedua selepas raja. Baron memainkan peranan penting dalam pentadbiran dan ekonomi. Raja juga akan mengurniakan gelaran kepada bangsawan seperti count, duke, baron (lord), dan vassal. Duke berada dalam   hierarki    tertinggi diikuti oleh baron dan vassal. Golongan bangsawan yang menerima tanah daripada raja akan memerintah di tanahnya. Seterusnya, knight pula berada dalam golongan ketiga selepas golongan bangsawan. Knight mempunyai tanah yang luas dan diagihkan kepada serf untuk mengusahakan tanah tersebut semasa ketiadaan knight. Sebagai balasan, serf akan memberikan khidmat kepada knight dan knight akan melindungi serf dan keluarganya.

    Kehidupan knight dalam masyarakat feudal akan ditentukan oleh raja dan baron. Oleh itu, mereka menumpukan masa dengan meningkatkan kemahiran dalam bidang ketenteraan. Pada abad ke-16, kedudukan knight telah diperkukuhkan dengan mengambil tentera upahan bagi menentang pemberontak atau musuh. Pengambilan tentera upahan ini dapat menjamin kestabilan politik dan membawa kamajuan ekonomi dalam masyarakat feudal. Kesimpulannya, knight tidak lagi mendominasi komposisi pasukan tentera.

    Rakyat biasa yang dikenali sebagai serf atau petani berada di bawah sekali dalam lapisan masyarakat. Kehidupan mereka tidak bebas dan tidak boleh berpindah dan sentiasa di bawah pengawasan raja dan baron. Lord manor atau institusi manor merupakan institusi yang melindungi petani, mendirikan mahkamah bagi membolehkan petani merayu untuk keadilan, mendirikan kilang dan mendirikan gereja untuk penduduk kampung. Golongan petani yang menerima keistimewaan tersebut terpaksa berhutang dan memberi khidmat kepada lord. Di bawah sistem manor, kesemua bahan yang dihasilkan daripada tanah digunakan dalam manor dan mewakili golongan primitif.
    Golongan petani juga melakukan khidmat buruh. Antaranya adalah membina bangsal, menggali pant, membina dan membaiki jalan serta melakukan pembersihan hutan. Namun, kehidupan golongan petani berubah selepas berlakunya perubahan ekonomi di England. Golongan serf kini bebas daripada tuan tanah selepas berlaku peningkatan dalam pertanian dagangan, kemunculan bandar, dan perkembangan sektor perusahaan.

    Kesimpulannya, masyarakat feudal di England telah mengalami perubahan berikutan perkembangan perdagangan, kestabilan politik dan kemunculan bandar-bandar baru.

Dipetik daripada:
BUKU:
KERTAS PEPERIKSAAN SEJARAH STPM
PENGGAL 1
940/1(SEJARAH 1)
OLEH MAHDI SHUID DAN SAZLINA OTHMAN
TERBITAN NUSAMAS
GLOBAL MEDIASTREET SDN BHD